satu nama besar
dalam arena fesyen muslimah masa kini. Dimana-mana nama dan busana dan
rekaan tudungnya boleh didapati. Hana Tajima merupakan gadis kacukan
Jepun + British dan telah memeluk Islam kira-kira 7 tahun lepas (2005).
Antara pakaian artis yang telah direka oleh Hana adalah Yuna dan ramai
lagi. Untuk pengetahuan semua, Hana Tajima sudah pun berkahwin.
Hana Tajima Memeluk Islam Kerana Tertarik Akhlak Muslim
Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik
perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Rekaannya jadi popular kerana
gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah
mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil.
Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan
melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke
pasaran dunia itu berupa hijab bergaya ‘layers’. Melalui jenama
tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi,
namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah.
Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar
belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam
kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan
seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di
sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar
Muslim.
Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan
berbeza dengan yang lain. “Mereka kelihatan menjaga jarak dengan
beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi
berhibur di sebuah kelab malam.” katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat
menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat
menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya,
pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di
perpustakaan ataupun berbincang.
Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai
tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat
itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu
Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara.
“Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita”
Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan
idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam
boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu,
keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba.
“Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan
tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan
untuk menjadi seorang Islam” – Hana Tajima
Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran
akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui
sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman
Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah.
“Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah.
Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka
boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik,” tuturnya.
Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga
keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula
mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah.
“Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan”
Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai
reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya.
Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap
orang-orang yang berhijab. “Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai
hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun
seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh
menerima penampilan saya dengan balutan hijab.” katanya lagi.
Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di
sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua
mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum
sajalah, sebahagian penduduk di negara-negara barat telah dijangkiti
dengan wabak Islamofobia.
“Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para
muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu.”
– Hana Tajima
Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di
negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh
masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam.
Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat
sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah
penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.
RSS Feed
Twitter
11:33 PM
Unknown


0 comments:
Post a Comment